TAMAN SRI BAYU
Kediaman ini dinamakan sebagai Flat Taman Sri Bayu yang terletak di Jalan Bukit Bayan Lepas , Pulau Pinang. Kediaman ini berbentuk kediaman kos rendah yang menyediakan kemudahan dewan serbaguna,astaka makanan,ruang parkir,taman permainan kanak-kanak dan taman bunga serta padang bola badminton.
Flat Taman Sri Bayu ini mempunyai dua blok bangunan iaitu bangunan blok 5 dan blok 7.Flat Taman Sri Bayu blok 5 mempunyai 3 bilik tidur ,1 bilik air,ruang tamu dan ruang dapur manakala Flat Taman Seri Bayu blok 7 pula mempunyai 2 bilik tidur,1 bilik air,ruang tamu dan ruang dapur.
Kediaman ini juga berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas,Pasar Malam Bayan Lepas,Klinik Kesihatan Bayan Lepas,Kompleks Tabung Haji dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang.
Di kediaman ini terdapat dewan serbaguna untuk kegunaan penduduk Flat Taman Sri Bayu untuk apa-apa acara.Terdapat juga astaka makanan iaitu gerai-gerai makanan yang menyediakan pelbagai makanan.Selain itu,taman permainan kanak-kanak juga dibina untuk kanak-kanak bermain.Seterusnya,taman bunga pula disediakan untuk penduduk Flat Taman Sri Bayu ini menghirup udara segar dan menikmati pemandangan indah serta berehat.